Saturday, January 23, 2010

MAKLUMAT ORGANISASI

LATAR BELAKANG
Pejabat Pelajaran Daerah Miri adalah sebuah organisasi yang ditubuhkan dengan tujuan untuk mewujudkan satu institusi yang berperanan membantu Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak dan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam segala hal pengurusan, pentadbiran program pendidikan di peringkat bahagian Miri.
Pejabat Pelajaran Daerah Miri diketuai oleh Pegawai Pelajaran Daerah Miri iaitu Puan Rosnani binti Hj Yunus (DG52) dan dibantu oleh Encik Awang @ Ibrahim bin Ahmat (DG44), Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Miri. Unit-unit yang terdapat di Pejabat Pelajaran Daerah Miri adalah Unit Pengurusan Organisasi, Unit Pengurusan Akademik, Unit Pengurusan Hal Ehwal dan Murid, Unit Pengurusan Sekolah, Unit Penilaian dan Peperiksaan, Unit Pendidikan Islam dan Moral, Unit Kaunseling, Unit Pembangunan dan Bekalan, dan Unit Teknologi Maklumat.

FUNGSI UTAMA

Secara terperinci Pejabat Pelajaran Daerah Miri bertanggungjawab dan berperanan sebagai :
I. Wakil Jabatan Pelajaran Negeri di peringkat bahagian dan daerah.
II. Merancang, melaksanakan program pembangunan fizikal, sosial, kemanusiaan dan kerohanian di peringkat bahagian dan daerah.
III. Merancang dan melaksanakan program ikhtisas bagi meningkatkan kecekapan staf.
IV. Menyelia aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran sekolah-sekolah.
V. Mengendali, mengurus dan mengawal keperluan kewangan dan perbelanjaan tahunan bagi sekolah-sekolah.
VI. Menyelia aktiviti-aktiviti, tatatertib dan etika kerja penyelia, pengetua, guru besar, guru-guru dan anggota kakitangan sokongan.
VII. Mengurus, mentadbir perkhidmatan dan kebajikan guru-guru dan anggota kakitangan sokongan.


MISI

Memastikan kepimpinan dan pendidikan di peringkat Bahagian, Daerah dan

Sekolah diamalkan dan dilaksanakan secara berkesan.



VISI


Organisasi yang berwibawa dan cemerlang dalam kepimpinan dan pengurusan pendidikan


OBJEKTIF ORGANISASI


i. Memastikan semua pegawai dan staf Pejabat Pelajaran Daerah Miri mengikuti latihan 7 hari setahun.

ii. Memastikan pembayaran bil tidak lewat daripada 14 hari.

iii. Memastikan 80% keperluan guru di sekolah dipenuhi pada hari pertama persekolahan.

iv. Menyelesaikan Pengurusan Aduan Pelanggan diselesaikan tidak lebih daripada 14 hari bekerja.

v. Memastikan projek pembangunan pendidikan dilaksanakan dengan cekap dan sempuna berdasarkan peruntukan yang diluluskan.

vi. Melaksanakan proses penempatan guru berdasarkan garis panduan serta kriteria yang telah ditetapkan sekurang-kurangnya 2 kali setahun


PIAGAM PELANGGAN

PEJABAT PELAJARAN DEARAH MIRI

KAMI WARGA
PEJABAT PELAJARAN DAERAH MIRI
DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM
BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN
SELURUH USAHA DAN TENAGA KAMI UNTUK:


1. Memastikan semua kanak-kanak mengikut umur yang ditetapkan mendapat tempat belajar

2. Menempatkan guru-guru ke sekolah-sekolah setelah menerima senarai dari Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak

3. Memastikan semua jenis permohonan diproses dalam tempoh tidak melebihi tiga minggu dari tarikh permohonan diterima

4. Mengurus dan menyelesaikan masalah perjawatan dan perkhidmatan personel dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan

5. Mengenalpasti kekosongan jawatan Guru Besar/Guru Penolong Kanan/Anggota Kakitangan Sokongan sebaik sahaja berlaku kekosongan

6. Memastikan tuntutan dari guru dan bukan guru diproses dalam masa dua minggu dari tarikh tuntutan diterima

7. Memastikan semua urusan peperiksaan awam dilaksanakan tanpa cacat

8. Memastikan Pejabat Pelajaran Daerah Miri sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak pelanggan.